Penjara Tawau telah dipilih untuk menganjurkan KIK Zon Sabah yang telah diadakan pada 21 hingga 23 Mei 2014 bertempat di Marco Polo Hotel, Tawau. Sebanyak 08 institusi yang telah mengambil bahagian terdiri daripada Ibu Pejabat Penjara Sabah, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau, Penjara Sandakan, Sekolah Henry Gurney Keningau, Pusat Koreksional Labuan dan Parol Kudat. Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah konvensyen telah disempurnakan oleh TKPj Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Sabah. Berikut adalah keputusan pertandingan KIK Zon Sabah Tahun 2014 :
BIL | KATEGORI | KEDUDUKAN | INSTITUSI | TAJUK |
1. | Pengurusan | Johan | Ibu Pejabat Penjara Sabah | Pemantauan Laporan Tidak Efektif |
2. | Teknikal | Johan | Penjara Pusat Kota Kinabalu | Kos Penyelenggaraan Sisa Di Bengkel Kayu Meningkat |
3. | Teknikal | Naib Johan | Penjara Wanita Kota Kinabalu | Kaedah Pembuangan Minyak Masak Terpakai Kurang Praktikal |
4. | Teknikal | Ketiga | Penjara Tawau | Penggunaan Air Bagi Pelbagai Aktiviti Penghuni Di Penjara Tawau Semakin Meningkat |
5. | Penyampai Terbaik | Penjara Pusat Kota Kinabalu | ||
6. | Pameran Terbaik | Penjara Tawau |
""